Bersanding selepas empat tahun berkahwin

Bersanding selepas empat tahun berkahwin

MOHD. Izuan Zainal dan isteri antara pasangan pengantin yang diraikan pada program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 2, Gua Musang, Kelantan kelmarin.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Impian sepasang suami isteri yang sudah berkahwin empat tahun lalu untuk bersanding menjadi kenyataan apabila diraikan pada program Sentuhan Kasih Desa Kelantan di Dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Paloh 2 di sini, kelmarin.

Menariknya, Mohd. Izuan Zainal 36, dan isterinya Ain Salsalbeela Zawawi, 23, bersanding di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 19 pasangan lain termasuklah pengantin Orang Asli.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Mohd. Izuan berkata, dia dan isteri terpaska menangguhkan impian itu disebabkan oleh serangan Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurutnya, serangan Covid-19 itu menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mengadakan doa selamat dan jamuan ringkas melibatkan ahli keluarga sahaja.

“Namun apabila Kesedar menganjurkan program Sentuhan Kasih Desa Kelantan, alhamdulillah ia dapat merealisasikan impian kami untuk bersanding walaupun agak lewat.

“Terima kasih kepada pihak Kesedar kerana menganjurkan program ini amat menggembirakan saya dan isteri,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Mohd. Izuan memberitahu, dia dan isteri akan menjadikan peristiwa itu sebagai kenangan terindah terutama selepas bersanding di hadapan Perdana Menteri.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka dapat melihat pemimpin No.1 negara itu secara langsung selepas hanya berbuat demikian menerusi televisyen. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya