Tiga pengantin hamil bersanding serentak

Tiga pengantin hamil bersanding serentak

SHAHIRA Azmi (kiri), Intan Sofienaz (tiga dari kanan) dan Ismawita Isrul (kanan) bersama pasangan masing-masing pada majlis perkahwinan yang diadakan di Seremban hari ini. -UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga pengantin yang sedang hamil bersanding serentak bersama pasangan masing-masing dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan di sini hari ini.

Ahmad Fuad Yahya, 60, berkata, majlis perkahwinan yang berlangsung serentak hari ini melibatkan tiga orang anaknya iaitu, Intan Sofienaz, 32, Muhammad Nabiel, 28 dan Muhammad  Najieb, 28.

Beliau memberitahu, ketiga-tiga anaknya itu bernikah dengan pasangan masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Menurutnya, Intan Sofienaz dan suaminya Firdaus Mazlan, 40,  bernikah pada 11 Mac tahun lalu.

Muhammad Nabiel dan pasangan, Shahira Azmi, 32, bernikah pada  22 Februari tahun lalu diikuti Muhammad Najieb dan pasangan Ismawita Isrul, 28,  pada 8 November lalu.

“Isteri Muhammad Najieb kini sedang hamil tujuh bulan, isteri Muhammad Nabil lima bulan manakala Intan Sofienaz kini hamil dua bulan.

“Kami sebenarnya tidak merancang untuk mengadakan majlis ini serentak tetapi majlis yang dirancang sebelum ini tertangguh atas beberapa sebab,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ahmad Fuad yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Am Bernama menambah, majlis pernikahan anak-anaknya itu sebelum ini diadakan di masjid dan pejabat agama.

“Kesukaran mencari dewan untuk majlis sebelum ini juga menjadi faktor majlis perkahwinan ini baharu diadakan, ” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya