Kera, lotong Bukit Malawati 'hilang' - Utusan Malaysia

Kera, lotong Bukit Malawati ‘hilang’

PERHILITAN melarang orang ramai memberi makan kepada kera liar di Taman Alam Kuala Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kera dan lotong di sekitar Bukit Malawati didakwa ‘hilang’ apabila pengunjung dan penduduk setempat tidak lagi memberi makanan kepada haiwan yang menjadi antara sebab kehadiran orang ramai di sana sebelum ini.

Menurut aktivis sejarah dari pekan Kuala Selangor di sini, Sharif Ramli,57, kebiasaannya berpuluh ekor kera dan lotong berkeliaran di beberapa lokasi di atas bukit tersebut.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan PKP Diperketatkan (PKPD) dikuat kuasakan pelancong tidak dibenarkan naik ke Bukit Malawati menyebabkan kera dan lotong kehilangan sumber makanan seperti kacang panjang dan roti.

“Baru-baru ini Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melarang orang ramai memberi makanan kepada kera di Taman Alam Kuala Selangor,” katanya kepada pemberita dalam tinjauan Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Perhilitan memberi peringatan kepada pengunjung Taman Alam Kuala Selangor agar tidak sekali-kali datang untuk memberi makan kepada kera liar di kawasan berkenaan.

Perhilitan dalam satu kenyataan memaklumkan, amalan itu tidak digalakkan kerana dibimbangi boleh membawa banyak kesan buruk termasuk mengakibatkan primat tersebut  bertambah populasi dengan cepat sehingga melampaui sumber makanan semula jadi di habitat.

Dalam pada itu Sharif menambah, pengunjung sememangnya tidak dibenarkan memberi makanan seperti roti yang sememangnya tidak sesuai dengan kera liar.

“Lokasi Taman Alam Kuala Selangor bukannya jauh dari Bukit Malawati, mungkin sebahagian kera dan lotong yang berada di sini berasal dari sana.

“Mungkin ada cara lain mengawal populasi haiwan itu. Jika betul memberi makanan kepada haiwan liar adalah, kuat kuasakanlah undang-undang berkaitan,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, beliau berharap Perhilitan memikirkan kaedah yang sesuai bagi memastikan kera dan lotong tetap menjadi tarikan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Ini kerana selepas PKPD berakhir, pelancong akan kurang mengunjungi Bukit Malawati disebabkan mereka dilarang memberi makanan kepada kera dan lotong yang jinak.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya