Read more
NorbayaDahalan
Follow
Follow
Follow

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi 😋

Hai semua 🤗 siapa suka menu kampung dekat sini? Sila angkat tangan cepat 😆 Mostly menu menu kampung semua senang nak masak dan sangat sedap. Tapi bila duduk di bandar susah sikit lah kita nak cari pucuk ubi dan sebagainya. Apetah lagi kalau tinggal di rumah tanpa tanah. Kena beli stok dekat pasar² basah la kan.

Sesekali dapat makan Masak Lemak Cili Api ni terasa heaven betul. Tambah pulak dengan udang galah sebagai rencah. Teramat sedap ya uols 😋

Tips masak lemak cili api pucuk ubi

- selalu kacau supaya tidak pecah santan. Nanti kuah kurang cantik.

- masukkan sedikit rencah seperti ikan bilis tumbuk, ikan goreng tumbuk, udang kertas atau apa jenis udang untuk sedapkan lagi rasa kuah.

- Jangan guna api terlalu kuat. Nanti santan mudah pecah pecah.

- rebus pucuk ubi sehingga lembut terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya dan potong kecil kecil pucuk ubi yang dah direbus tadi.

#racunlemon8 #bananapancakes #teatimeidea #dinnerideas #easyrecipe #bananapancakerecipe #cookingideas #comfortfood