Persandingan sering dimomokkan sebagai sebahagian daripada ajaran Hindu. Sebenarnya kenyataan ini perlu diperbetul.

 

Budaya persandingan takde kena mengena dengan mana-mana agama. Sebaliknya, ia ditemui dalam budaya pelbagai bangsa dan tidak terbatas kepada mana-mana sistem kepercayaan.

 

Adat bersanding di atas pelamin termasuk dalam adat yang universal oleh pelbagai kaum.

 

Sebenarnya, masyarakat Mesir Pubra adalah yang terawal mempunyai budaya persandingan dalam perkahwinan. Rekod-rekod arkeologi memperlihatkan bagaimana ukiran pengantin sedang berkahwin serta tinggalan patung perkahwinan.

 

Dalam kalangan masyarakat Arab lama, pelamin dikenali sebagai al-minassah iaitu kerusi atau katil yang ditinggikan, dihias antaranya untuk pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Adat persandingan masyarakat Arab seperti ini masih lagi kekal di Palestin.

 

Masyarakat Parsi pun ada budaya persandingan mereka, dan adat ini dapat direkodkan seawal zaman kerajaan purba Parsi lagi dan diwarisi sehingga hari ini.

 

Masyarakat Pakistan pun ada budaya persandingan mereka. Walaupun beragama Islam, budaya persandingan kekal sampai ke hari ini.

 

Masyarakat Korea juga mempunyai budaya persandingan mereka terutama yang berdarah keturunan bangsawan.

 

Budaya masyarakat di Asia Tenggara seperti Khmer, Thai dan Burma juga mengamalkan budaya persandingan, bukan termasuk Melayu sahaja.

 

Bahkan Masyarakat Melayu Proto yang tak ada kaitan dengan ajaran Hindu turut mengamalkan budaya persandingan.

 

Persandingan seperti ni dibolehkan kerana ia menyebarkan berita tentang perkahwinan yang berlaku ke atas satu pasangan. Malah, Islam juga menyarankan kita untuk melakukan walimatulurus dan menghebahkan perkahwinan antara satu pasangan untuk mengelakkan fitnah.

 

Islam sendiri hadir bukan untuk membunuh adat dan budaya sesebuah bangsa selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran agama. Setiap adat dan budaya itu malah dibentuk semula mengikut acuan Islam.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Bila korang dengar pasal Lembah Bujang yang ada banyak candi tu, pernah tak korang persoalkan adakah Tamadun Lembah Bujang berasal dari India? Persoalan ni ada jawapannya di dalam JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU II. Dapatkan Segera!

https://bit.ly/jsmmiishopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply