makan

Lebih 56K 'Shares', Inilah Cara Step By Step Buat Kuih Lidah Buaya Yang Crunchy & Manis

Kuih lidah buaya ini juga dikenali sebagai kuih tiram.

Cover image via Sfm Fatimah Zahra (Facebook)

Nak hasilkan kuih lidah buaya yang crunchy dan manis? Inilah rahsianya!

Kuih ini merupakan kegemaran ramai ketika raya. Tapi, boleh je kuih ini dijadikan snek di rumah walaupun bukan masa raya, kunyah-kunyah sambil tengok tv. Jom ikuti resepi ini, confirm kuih anda akan lebih crunchy dan gula pun akan melekat rata, takdelah gula setompok-setompok. Let's do it!

Bahan yang diperlukan:

Doh:

  • 500g tepung gandum 
  • 1 sudu kecil garam
  • 100g atau 1/2 cawan marjerin atau butter
  • 1 biji telur
  • 1 gelas air sejuk
  • 30-40g tepung kentang (optional)

Sapuan:

  • 5 sudu tepung jagung atau ubi 
  • Minyak masak

Bahan lain:
  • Gula icing

Cara penyediaan:

1. Untuk bahan sapuan, campurkan minyak masak dan tepung jagung. Gaul sehingga sebati. 
2. Untuk bahan doh, campurkan semua dan gaul sehingga menjadi serbuk roti. 
3. Masukkan telur dan air sedikit demi sedikit.
4. Uli doh. Kemudian, rehatkan selama 10 minit.
5. Seterusnya, lenyekkan dan sapukan bahan sapuan ke atas doh. 
6. Gulung doh. 
7. Potong doh menjadi kecil-kecil.
8. Tekan doh kecil tersebut. 

Tekan cmni (tgk vdeo)..tujuan utama nk bg isi perut gedebeh ketepi & senang nak gelek nnt .baru corak layer dia nampak.. (edit lg sbb ramai tak phm step ni).

Posted by Sfm Fatimah Zahra on Tuesday, April 7, 2020
9. Lenyekkan doh supaya menjadi nipis.
10. Goreng dengan menggunakan api sederhana.

Goreng api sederhnana

Posted by Sfm Fatimah Zahra on Tuesday, April 7, 2020
11. Taburkan dengan gula icing dan gaul.

Siap! Dah boleh kunyah-kunyah sambil tengok tv.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi kuih yang simple?

You may be interested in: