berita

‘Maaf Suamiku Terpaksa Bersanding Seorang..’

January 2nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan pengantin lelaki bersanding sendirian di atas pelamin.

Bersanding sendirian atas pelamin

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di TikTok, Fatihah Zahra memohon maaf kepada suaminya kerana terpaksa membiarkan lelaki itu bersanding sendirian di hari bersejarah mereka. Turut kelihatan, pengantin lelaki yang segak berpakaian songket sempat membuat panggilan video bersama isterinya yang berada di hospital.

Bukan itu sahaja, si pengantin lelaki dilihat bersanding di atas pelamin dan makan beradab sendirian tanpa isteri kesayangan di sisi.

Difahamkan, Fatihah dimasukkan ke wad beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya berlangsung disebabkan radang paru-paru. Tambah Fatihah lagi, doktor tidak membenarkannya pulang memandangkan dia perlu bergantung kepada mesin oksigen.

Maaf suamiku terpaksa bersanding seorang.

Isteri dekat hospital di Kuala Lumpur, suami di Kedah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terhibur melihat gelagat pasangan pengantin baru ini tetapi dalam masa yang sama, mereka mendoakan agar Fatihah diberi kesembuhan. Tidak kurang juga, ada yang turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka.

Sumber: TikTok Fatihah Zahra

SKIP THIS AD ×