1. Laman Utama
  2. Mengenai Google
  3. Syarikat
  4. Pengalaman pengguna Google

Syarikat

Pengalaman pengguna Google

Aspirasi kami

Pasukan Pengalaman Pengguna Google menyasarkan untuk mencipta reka bentuk yang berguna, cepat, ringkas, menarik, inovatif, universal, menguntungkan, cantik, boleh dipercayai dan mempesona. Mencapai keseimbangan harmoni sepuluh prinsip ini menjadi cabaran yang berterusan. Produk yang seimbang adalah “Googley” – dan akan memuaskan hati serta menyeronokkan orang ramai di seluruh dunia.

Sepuluh prinsip yang menyumbang kepada pengalaman pengguna Googley

  1. Focus on people–their lives, their work, their dreams.
    Pasukan Pengalaman Pengguna Google berusaha untuk menemui keperluan sebenar orang ramai, termasuk keperluan yang jarang mereka nyatakan. Berbekalkan maklumat tersebut, Google boleh mencipta produk yang menyelesaikan masalah dunia nyata dan memarakkan kreativiti semua jenis manusia. Memperbaiki kehidupan orang ramai, bukan sekadar memudahkan tugasan langkah demi langkah, adalah matlamat kami.

    Paling penting, produk Google yang direka dengan baik adalah berguna dalam kehidupan seharian. Ia tidak cuba menarik perhatian pengguna dengan teknologi atau gaya visual yang menjolok mata – walaupun ia mungkin mempunyai kedua-dua ciri. Ia tidak memaksa orang ramai menggunakan ciri yang mereka tidak ingini – tetapi ia menyediakan laluan perkembangan yang semula jadi untuk mereka yang berminat. Ia tidak menceroboh kehidupan orang ramai – tetapi ia membuka peluang untuk pengguna yang mahu meneroka maklumat dunia, bekerja dengan cepat dan kreatif serta berkongsi idea dengan rakan mereka atau seluruh dunia.

  2. Every millisecond counts.
    Tiada apa yang lebih berharga daripada masa orang ramai. Halaman Google memuat dengan cepat, terima kasih kepada kod langsing dan imej fail yang dipilih dengan berhati-hati. Ciri dan teks yang paling penting diletakkan di lokasi yang paling senang dicari. Klik,taipan, langkah dan tindakan lain yang tidak diperlukan dihapuskan. Produk Google meminta maklumat hanya sekali dan menyertakan lalai pintar. Tugasan diperkemas.
    Kelajuan adalah rahmat untuk pengguna. Ia juga adalah kelebihan bersaingan yang Google tidak akan korbankan tanpa sebab yang baik.
  3. Simplicity is powerful.
    Kesederhanaan memarakkan banyak elemen rekaan yang baik, termasuk mudah digunakan, kelajuan, visual yang menarik dan ketercapaian. Tetapi kesederhanaan bermula dengan rekaan fungsi asas suatu produk. Google tidak bertujuan mencipta produk yang kaya dengan ciri; rekaan terbaik kami hanya memasukkan ciri yang diperlukan oleh orang ramai untuk mencapai matlamat mereka. Secara idealnya, produk yang memerlukan set ciri yang besar dan rekaan visual yang kompleks, akan nampak mudah tetapi berkuasa.

    Pasukan Google berfikir dua kali sebelum mengorbankan kesederhanaan demi mengejar ciri yang kurang penting. Harapan kami adalah untuk mengembangkan produk ke arah baharu dan bukan setakat menambah lebih banyak ciri baharu.

  4. Engage beginners and attract experts.
    Mereka bentuk bagi kebanyakan orang tidak bermaksud mereka bentuk untuk pembawah biasa yang terendah. Rekaan terbaik Google nampak agak ringkas pada luaran tetapi merangkumi ciri berkuasa yang senang diakses untuk pengguna yang menginginkannya. Tujuan kami adalah untuk menjemput orang baru dengan pengalaman permulaan yang hebat di samping menarik pengguna hebat yang mana keterujaan dan kepakaran mereka akan menarik yang lain menggunakan produk tersebut.

    Produk Google yang direka dengan baik membolehkan pengguna baru turut serta, menawarkan bantuan apabila diperlukan dan memastikan pengguna boleh menggunakan ciri produk yang paling berharga dengan cara yang mudah dan intuitif. Pendedahan ciri lanjutan yang progresif menggalakkan orang ramai mengembangkan penggunaan mereka terhadap produk tersebut. Apabila bersesuaian, Google menawarkan ciri pintar yang menarik orang ramai yang mempunyai kehidupan dalam talian yang rumit – contohnya, orang yang berkongsi data merentasi beberapa peranti dan komputer, bekerja dalam dan luar talian dan yang menginginkan ruang storan.

  5. Dare to innovate.
    Reka bentuk yang tekal membina asas yang dipercayai untuk produk Google, menjadikan pengguna lebih selesa dan mempercepatkan tugas mereka. Tetapi elemen imaginasilah yang mengubah reka bentuk dari biasa sahaja kepada menyeronokkan.

    Google menggalakkan reka bentuk inovatif yang berani mengambil risiko apabila ia memenuhi keperluan pengguna. Pasukan kami menggalakkan idea baru untuk keluar bermain. Bukan sekadar memadankan ciri dengan produk sedia ada, Google mahu mengubah permainan.

  6. Design for the world.
    World Wide Web telah membuka semua sumber Internet kepada orang ramai di mana-mana sahaja. Contohnya, ramai pengguna meneroka produk Google ketika sedang bersiar-siar dengan peranti mudah alih, bukan duduk di meja dengan komputer peribadi. Matlamat kami adalah untuk mereka produk yang berkaitan secara konteks dan boleh didapati melalui perantara dan kaedah yang boleh diterima oleh pengguna. Google menyokong sambungan yang lebih perlahan dan penyemak imbas yang lebih lama apabila mungkin, dan Google membolehkan orang memilih bagaimana mereka melihat maklumat (saiz skrin, saiz fon) dan bagaimana mereka memasukkan maklumat (penghuraian pertanyaan pintar). Pasukan Pengalaman Pengguna menyelidik perbezaan asas dalam pengalaman pengguna di seluruh dunia dan berusaha mereka bentuk produk yang tepat untuk setiap khalayak, peranti dan budaya. Terjemahan ringkas atau "penurunan sopan" suatu set ciri, tidak cukup untuk memenuhi keperluan orang ramai.

    Google juga beriltizam untuk mempertingkatkan ketercapaian produknya. Keinginan kami untuk produk ringkas yang menyeluruh dan misi Google untuk menjadikan maklumat dunia boleh diakses secara universal, mengehendaki produk yang menyokong teknologi eksekutif dan menyediakan pengalaman berguna dan menyeronokkan untuk semua orang, termasuk mereka yang mempunyai kecacatan fizikal dan kognitif.

  7. Plan for today‘s and tomorrow‘s business.
    Produk Google yang menjadikan wang berusaha dalam cara yang membantu kepada pengguna. Bagi mencapai matlamat yang tinggi itu, pereka bekerja bersama dengan pasukan produk untuk memastikan yang pertimbangan perniagaan digabungkan tanpa had dengan matlamat pengguna. Pasukan berusaha bagi memastikan iklan adalah berkaitan, berguna dan dikenal pasti dengan jelas sebagai iklan. Google juga berjaga-jaga bagi melindungi kepentingan pengiklan dan pihak lain yang bergantung kepada Google untuk mata pencarian mereka.

    Google tidak pernah cuba meningkatkan pendapatan dari produk jika is bermaksud mengurangkan jumlah pengguna Google pada masa hadapan. Jika rekaan yang menguntungkan tidak memuaskan hati pengguna, sudah tiba masanya untuk kembali ke papan lukisan. Tidak semua produk harus menjana pendapatan dan tiada yang harus tidak elok untuk perniagaan.

  8. Delight the eye without distracting the mind.
    Jika orang melihat Google produk dan berkata "Wah, cantiknya!" pasukan Pengalaman Pengguna akan bersorak. Tanggapan pertama yang positif menjadikan pengguna selesa, meyakinkan mereka bahawa produk tersebut boleh dipercayai dan profesional serta menggalakkan orang ramai menjadikan produk tersebut kepunyaan mereka.

    Estetik yang ringkas adalah munasabah untuk kebanyakan produk Google keran reka bentuk yang bersih dan tidak menyemakkan memuat dengan cepat dan tidak mengganggu pengguna dari matlamat mereka. Imej, warna dan fon yang menarik diseimbangkan dengan keperluan untuk kelajuan, teks boleh diimbas dan pemanduan arah yang mudah. Walaupun begitu, "keanggunan ringkas" tidak semestinya sesuai untuk setiap produk. Konteks khalayak dan budaya adalah penting. Reka bentuk visual produk Google harus memuaskan hati penggunanya dan mempertingkatkan kebolehgunaan untuk mereka.

  9. Be worthy of people‘s trust.
    Reka bentuk yang baik amat berguna dalam mendapatkan kepercayaan orang yang menggunakan produk Google. Membina kebolehpercayaan Google bermula dengan perkara asas – contohnya, memastikan antara muka cekap dan profesional, tindakan mudah untuk diterbalikkan, iklan dikenal pasti dengan jelas, istilah adalah tekal dan pengguna tidak pernah dikejutkan dengan kekecewaan. Selain itu, produk Google membuka diri mereka ke dunia dengan memasukkan pautan untuk pesaing dan menggalakkan sumbangan pengguna seperti peta komuniti atau alat iGoogle.

    Cabaran yang lebih hebat adalah untuk memastikan bahawa Google mempamerkan hormat untuk hak pengguna mengawal data mereka sendiri. Google telus mengenai cara ia menggunakan maklumat dan cara maklumat tersebut dikongsi dengan orang lain (jika ada sekalipun) supaya pengguna boleh membuat pilihan termaklum. Produk kami memberi amaran kepada pengguna mengenai bahaya seperti itu contohnya sambungan yang tidak selamat, tindakan yang mungkin menjadikan pengguna terdedah kepada spam atau kemungkinan data yang dikongsi di luar Google mungkin disimpan di tempat lain. Semakin Google bertambah besar, lebih penting untuk kami mengotakan cogan kata "Jangan jadi jahat" kami.

  10. Add a human touch.
    Google merangkumi berbagai-bagai personaliti dan reka bentuk kami mempunyai personaliti juga. Teks dan elemen reka bentuk adalah mesra, luar biasa dan pintar – dan tidak membosankan, kolot atau sombong. Teks Google bercakap terus dengan orang dan menawarkan bantuan praktikal bersahaja yang sama seperti yang ditawarkan oleh sesiapa pun kepada jiran yang bertanyakan soalan. Dan Google tidak membiarkan keseronokan atau personaliti mengganggu elemen lain dalam reka bentuk terutamanya apabila mata pencarian orang atau kebolehan mereka untuk mencari maklumat yang penting dipertaruhkan.

    Google tidak mengetahui semua perkara dan tiada reka bentuk yang sempurna. Produk kami meminta maklum balas dan Google bertindak terhadap maklum balas tersebut. Apabila mengamalkan prinsip reka bentuk ini, pasukan Pengalaman Pengguna mencari keseimbangan yang terbaik mungkin dalam tempoh yang disediakan untuk setiap produk. Kemudian kitaran pelelaran, inovasi dan peningkatan diteruskan.