1. Laman Utama
  2. Mengenai Google
  3. Syarikat
  4. Jaminan keselamatan dan produk keselamatan Google

Syarikat

Jaminan keselamatan dan produk keselamatan Google

Falsafah jaminan keselamatan Google

Sebagai menyedia perisian dan perkhidmatan untuk ramai pengguna, pengiklan dan penerbit di Internet, kami mengakui betapa pentingnya untuk membantu melindungi privasi dan keselamatan anda. Kami memahami bahawa produk yang selamat memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kepercayaan yang anda sandarkan kepada kami dan berusaha mencipta produk inovatif yang memenuhi keperluan anda dan berfungsi untuk kepentingan anda. Ini termasuk semua orang: Orang yang menggunakan perkhidmatan Google (terima kasih semua!), pembangun perisian yang membuat aplikasi kami dan penggiat keselamatan luaran yang menjadikan kami lebih berhati-hari. Gabungan usaha ini banyak membantu dalam menjadikan Internet lebih selamat dan terjamin.

Untuk berita dan pemahaman terkini dari Google tentang keselamatan dan kesejahteraan di Internet, lawati blog keselamatan dalam talian kami.

Melaporkan isu keselamatan

Jika anda pengguna Google dan mempunyai isu keselamatan untuk dilaporkan mengenai akaun Google peribadi anda, sila lawati halaman hubungan kami. Ini termasuk masalah kata laluan, isu log masuk, laporan spam, penipuan yang disyaki dan isu penyalahgunaan akaun.

Jika anda percaya yang anda telah menjumpai kerentanan dalam produk Google atau mempunyai kejadian keselamatan untuk dilaporkan, e-melkan ke security@google.com. Sila sertakan ringkasan terperinci tentang isu tersebut, termasuk nama produk (mis., Gmail) dan bentuk isu yang anda temui. Pastikan anda menyertakan alamat e-mel di mana kami boleh menghubungi anda sekiranya kami memerlukan maklumat lanjut. Sebaik menerima mesej anda, kami akan menghantar balasan automatik yang disertakan dengan pengecam penjejakan. Kami menghargai keselamatan perkhidmatan Google dan juga privasi anda apabila anda melaporkan kerentanan atau kejadian kepada kami. Jika anda rasakan perlu, sila gunakan kunci awam kami untuk menyulitkan komunikasi anda dengan kami apabila menghantar e-mel ke security@google.com.

Kami percaya bahawa memaklumkan pembekal secara peribadi mengenai kerentanan dalam perisian mereka dan menetapkan tarikh akhir yang munasabah menurut keterukan pepijat, adalah baik demi keselamatan keseluruhan pengguna Internet. Untuk mendapatkan pendapat kami mengenai pendedahan kerentanan, baca di sini.

Bekerja bersama-sama membantu menjadikan pengalaman dalam talian lebih selamat untuk semua orang.

Kami amat mengambil berat tentang isu keselamatan dan akan membalas dengan pantas untuk membetulkan isu keselamatan yang dapat ditentusahkan. Sebahagian daripada produk kami adalah kompleks dan mengambil masa untuk dikemaskinikan. Apabila di maklumkan dengan betul tentang isu sah, kami berusaha sebaik mungkin untuk memperakui laporan yang anda e-melkan, menugaskan sumber untuk menyiasat isu dan membetulkan masalah berpotensi secepat yang mungkin.

Kami mendapati bahawa apabila keselamatan diamalkan dengan betul, ia diamalkan sebagai satu komuniti.

Kami berterima kasih kepada anda

Orang ramai dan organisasi yang berminat dengan isu keselamatan telah membuat sumbangan yang tidak terhingga kepada mutu pengalaman dalam talian. Bagi pihak berjuta-juta pengguna kami, kami ingin memberikan penghargaan kepada individu dan organisasi berikut atas bantuan mereka yang berharga.

Berikutan dengan kewujudan program ganjaran kerentanan, kami juga telah membangunkan halaman Dewan Kemasyhuran di mana kami akan memberikan penghargaan kepada sumbangan masa hadapan.

Untuk sumbangan kepada projek Chromium yang mengasaskan penyemak imbas Chrome, lawati halaman keselamatan Chromium.

Sokongan berterusan

2010

2009

2008

Sebelumnya