Syarikat
Misi Google adalah untuk menyusun maklumat dunia dan menjadikannya boleh diakses dan berguna di serata dunia.
Bermula pada tahun 1996, Larry Page dan Sergey Brin, pelajar peringkat sarjana Universiti Stanford, telah membina enjin carian dipanggil "BackRub" yang menggunakan pautan untuk menentukan kepentingan halaman web individu. Menjelang 1998, mereka telah memformalkan usaha mereka, mencipta syarikat yang anda kenali hari ini sebagai Google.
Semenjak itu, Google telah berkembang dengan pesatnya. Dari menawarkan carian dalam satu bahasa, kami sekarang menawarkan berbagai produk dan perkhidmatan—termasuk pelbagai bentuk pengiklanan dan aplikasi web untuk semua jenis tugasan—dalam berbagai-bagai bahasa. Dan bermula dari dua orang pelajar sains komputer di bilik asrama universiti, kami sekarang mempunyai beribu-ribu pekerja dan pejabat di seluruh dunia.
Pada halaman ini anda akan mendapati banyak lagi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan Google, prinsip, sejarah, budaya syarikat kami dan banyak lagi. Banyak yang telah berubah sejak enjin carian Google yang pertama muncul. Tetapi beberapa perkara tidak berubah: dedikasi kami kepada pengguna kami dan kepercayaan kami dalam kemungkinan Internet itu sendiri.
Nama kami
Pengasas Larry Page dan Sergey Brin menamakan enjin carian yang mereka bina sebagai "Google,” yang berasal dari perkataan “googol,” istilah matematik untuk 1 diikuti oleh 100 sifar. Nama tersebut menggambarkan kewujudan jumlah maklumat yang amat banyak dan skop misi Google: untuk menyusun maklumat dunia dan menjadikannya boleh diakses dan berguna di serata dunia.

Doodle logo pertama Google untuk festival Burning Man, Ogos 1998.

Doodle logo Google untuk hari jadi Robert Louis Stephenson, November 2010.
Untuk lebih banyak, lawati google.com/logos
Carian
Bagaimana Carian Google Berfungsi
Apabila anda melawat www.google.com atau satu daripada lebih 180 domain Google yang lain, anda boleh menjumpai maklumat dalam berbagai-bagai bahasa yang berlainan, menyemak harga saham dan keputusan sukan, menjumpai tajuk berita dan mencari alamat pejabat pos atau kedai runcit di tempat anda. Anda juga boleh menjumpai imej, video, peta, paten dan banyak lagi. Dengan teknologi carian universal, anda mungkin melihat semua item ini digabungkan dalam satu halaman hasil carian dan perkhidmatan seperti carian tersuai membantu anda untuk menjumpai lebih banyak lagi maklumat yang disesuaikan dengan minat anda. Kami juga sedang berusaha untuk mendigitalkan beberapa maklumat dunia yang sehingga kini belum lagi berada dalam talian seperti buku.
Carian adalah permulaan bagi Google dan ia masih lagi menjadi teras apa yang kami lakukan sehingga hari ini. Kami mengabdikan lebih banyak masa kejuruteraan untuk mencari daripada produk lain, kerana carian sentiasa boleh menjadi lebih baik dan lebih cepat dalam membantu anda menemui apa yang anda ingini, bila anda inginkannya, di mana anda mahukannya.
Iklan
Bagaimana Iklan Berfungsi
Google menjana sebahagian besar dari pendapatan kami dengan menawarkan kepada pengiklan pengiklanan yang boleh diukur, kos-berkesan dan amat berkaitan. Matlamat kami adalah supaya iklan yang anda lihat di Google berguna kepada anda seperti mana ia berguna kepada pengiklan—supaya ia boleh menjadi bentuk maklumat yang bernilai dengan caranya sendiri.
Kami membezakan iklan dari hasil carian atau kandungan lain pada halaman dengan melabelkannya sebagai "pautan ditaja" atau "Iklan oleh Google." Kami tidak menjual peletakan iklan dalam hasil carian kami mahupun membenarkan orang membayar harga yang lebih tinggi untuk kedudukan di situ.
Beratus ribu pengiklan menggunakan Google AdWords perkhidmatan kami yang lain termasuk pengiklanan mudah alih dan iklan peraga di Rangkaian Paparan Google dan menggunakan teknologi DoubleClick kami. Beratus ribu penerbit, besar dan kecil, mengambil kesempatan menggunakan alat seperti Google AdSense untuk menjana hasil dari kandungan mereka. Bagi membantu pemasar menganalisis kempen mereka supaya ia menjadi lebih cekap dan berkesan, kami menawarkan alat pengukuran seperti Google Analitis.
Apl
Bagaimana Apl Berfungsi
Aplikasi web (“apl”) memudahkan lagi untuk orang ramai berkongsi maklumat dan melakukan perkara bersama-sama. Gmail, Google Calendar dan Google Docs membantu orang ramai berkomunikasi dan bekerjasama dengan lebih mudah, sama ada merancang perkahwinan atau membuat jadual perjalanan perniagaan. Kami mereka bentuk Google App, versi perniagaan alat ini, supaya cukup berkuasa untuk kegunaan perusahaan besar (kami sebenarnya menggunakannya di seluruh syarikat kami) tetapi cukup mudah untuk perniagaan kecil-kecilan juga.
Dengan apl, maklumat anda disimpan dalam talian dengan selamat, "dalam awan," yang boleh di akses dari sebarang peranti yang mempunyai sambungan web. Oleh kerana ia hidup dalam talian, adalah mudah untuk berkongsi dokumen dengan sekumpulan rakan usaha sama dan semua orang boleh mengusahakan bahan yang sama pada masa yang sama dari lokasi yang berbeza. Dan tanpa perlu menyenggara perisian anda, anda akan sentiasa mempunyai versi terkini apl tersebut supaya anda boleh menumpukan perhatian pada pekerjaan anda.
Akhir sekali, kami sesungguhnya percaya bahawa di web, data anda kepunyaan anda dan bahawa ia haruslah mudah alih: apabila anda menggunakan Google App, anda boleh mengeksport semua e-mel, dokumen, foto atau masukan kalendar anda pada bila-bila masa yang anda suka.
Lagi
Kami tahu bahawa apabila anda mencari di web, anda mahukannya sepantas yang mungkin, dengan semua laman web kegemaran anda berasa di hujung jari anda, oleh itu kami menawarkan perisian seperti Google Chrome bagi membantu anda mengimbas web dengan cepat dan mudah. Dan kerana anda sepatutnya boleh mengakses semua perkhidmatan Google di mana sahaja anda berada—walaupun anda tidak mempunyai komputer berdekatan dengan anda—kami menjadikannya mudah bagi anda untuk menggunakan produk Google kegemaran anda, seperti Peta Google atau Gmail, terus dari telefon anda.
Kami juga sedang berusaha memacu inovasi supaya lebih ramai orang boleh menggunakan peranti mudah alih yang lebih baik dan murah untuk mengakses Internet. Dengan Open Handset Alliance, kami membangunkan Android, platform terbuka sepenuhnya yang pertama di dunia yang boleh digunakan oleh mana-mana pembangun mudah alih dan dipasang oleh mana-mana pengeluar perkakasan pada peranti.
Pada tahun 2006, kami memperoleh YouTube, yang membolehkan berbilion orang menemui, menonton dan berkongsi video asli dan juga kandungan profesional. Pencipta kandungan dan pengiklan besar dan kecil boleh berkongsi pendapatan yang dihasilkan oleh penonton dan peminat mereka Setiap hari di Youtube, orang ramai di seluruh dunia berhubung, memaklumkan dan memberikan inspirasi kepada orang lain melalui video.
Ini hanyalah sepintas lalu tentang apa yang kami lakukan. Ketahui mengenai semua perkhidmatan Google pada lebih banyak halaman ini.
