Syarikat
Budaya Google
Walaupun Google telah berkembang pesat sejak ia dibuka pada tahun 1998, kami masih mengekalkan penghayatan syarikat yang kecil.
Pada waktu makan tengah hari, hampir semua orang makan di kafe pejabat, duduk di mana-mana meja yang mempunyai kekosongan dan menikmati perbualan dengan Googler dari pasukan yang lain. Iltizam kami terhadap inovasi bergantung kepada rasa selesa setiap orang untuk berkongsi idea dan pendapat. Setiap pekerja adalah penyumbang amali dan setiap orang memegang beberapa peranan. Kerana kami percaya bahawa setiap Googler adalah sebahagian daripada kejayaan kami yang sama pentingnya, tiada seorang pun teragak-agak untuk mengemukakan soalan terus kepada Larry atau Sergey dalam mesyuarat semua tangan mingguan ("TGIF") kami – atau merejam bola tampar merentasi jaring kepada seorang pegawai korporat.
Kami amat menyeluruh apabila mengambil pekerja dan kami lebih sukakan kebolehan daripada pengalaman. Kami mempunyai pejabat di seluruh dunia dan banyak bahasa boleh dituturkan oleh kakitangan Google, dari Bahasa Turki ke Telugu. Hasilnya adalah pasukan yang menggambarkan khalayak global yang dikendalikan oleh Google. Apabila tidak bekerja, Googler terlibat dalam aktiviti yang mereka minati dari berbasikal merentas desa kepada merasa wain, dari terbang kepada membaling frisbee.
Ketika kami sedang membangun, kami sentiasa mencari individu yang berkongsi iltizam untuk mencipta carian yang sempurna dan berseronok ketika melakukannya.
Mengenai pejabat kami
Ibu pejabat korporat kami, yang diberikan nama timangan Googleplex, terletak di Mountain View, California. Kini ia adalah satu daripada banyak pejabat kami di seluruh dunia. Walaupun pejabat kami tidak serupa, ia masih berkongsi beberapa elemen penting. Berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin lihat di ruang kerja Google:
- Ekspresi setempat setiap lokasi, dari mural di Buenos Aires ke to gondola ski di Zurich, menampilkan kawasan dan personaliti setiap pejabat.
- Basikal atau skuter untuk perjalanan yang pantas menghadiri mesyuarat; anjing; lampu lava; kerusi urut; bola besar boleh kembung.
- Googler berkongsi ruang kiub, yurts dan berlonggok – dan sangat sedikit pejabat perseorangan.
- Komputer riba di mana-mana – keluaran piawai untuk pengekodan mudah alih, e-mel sewaktu sibuk dan mengambil nota.
- Foosball, meja pool, gelanggang bola tampar, pelbagai permainan video, piano, meja ping pong dan gim yang menawarkan kelas yoga dan tarian.
- Kakitangan akar umbi berkumpul untuk semua jenis minat, seperti meditasi, filem, merasa wain dan menari salsa.
- Makan tengah hari dan malam yang sihat untuk semua kakitangan di pelbagai kafe.
- Bilik rehat yang penuh dengan pelbagai snek dan minuman untuk memberikan tenaga kepada Googler.
